? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 2, 2009

KERJA "MEMBEDAH", MENCARIGALI DAN MENYARING" BUKAN SATU KERJA MUDAH

Penglibatan Kamariah Kamaruddin dalam berkarya terganggu apabila beliau dilantik menjadi Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil. Dalam tempoh tiga tahun berturut-turut (2003,2004 dan 2005) menggalas amanah "membedah", "mencarigali" dan "menyaring" karya-karya penulis tanahair dalam pelbagai genre, sesungguhnya menawarkan pengalaman luar biasa, yang seterusnya membantu proses peningkatan untuk berkarya dalam perspektif meletakkan kualiti pada tahap prioriti yang maksimum.
Beliau sesungguhnya amat berterima kasih kepada Kumpulan Utusan khususnya Puan Azah Abd. Aziz kerana memberi kepercayaan dan keyakinan yang penuh terhadapnya sebagai satu-satunya panel hakim yang paling muda dalam kalangan barisan panel ketika itu (Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Dr. Amida @ Hamidah Abdulhamid, Profesor Madya Haji arbak othaman, Encik Mohamad Saleeh Rahamad, encik Mohd. Hanafi Ibrahim, Puan Faziah Sulaiman, dan Encik Zainal Palit). Kenangan "berkampung" dan "berkurung" selama seminggu (fasa I) dan seminggu (fasa II) untuk mencari yang "terbaik" dalam kalangan yang "baik" telah membuahkan ukhwah manis yang tetap mekar dalam ingatan sampai bila-bila.
Dan keputusan beliau untuk mengundurkan diri daripada kelompok "menghakimi" karya sastera walaupun ditentang pihak sekretariat setelah Allah S.W.T mengurniakan zuriat sulung, beliau sebenar-benarnya hiba dalam diam. Beliau bukan menolak tuah tetapi tuntutan berkeluarga mengatasi segala-galanya tambahan pula inilah kali pertama beliau akan bergelar ibu. Beliau percaya ada rahsiaNya yang tersembunyi yang diisyaratkan Tuhan untuk beliau mengucapkan "selamat tinggal" untuk dunia penghakiman. barangkali inilah masanya untuk beliau kembali produktif berkarya, barangkali inilah masanya untuk beliau mulai prihatin bermuhasabah.

0 comments: