? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 2, 2009

MEMBONGKAR RAHSIA KEPENGARANGAN KAMARIAH KAMARUDDIN

Kamariah Kamaruddin bukan asing lagi dalam dunia penulisan sekarang. Jika penulis-penulis lain dengan teknik tersendiri dalam menulis, Kamariah kamaruddin punyai cara sendiri dalam merealisasikan bakat penulisan beliau. Bermula dengan daripada keinginan mencatat sesuatu di dalam diri sehinggakan aktiviti ini memberi manfaat kepadanya dalam proses awal penulisan.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua orang tuannya Haji Kamarudin dan Hajah Sa'adiah merupakan dua orang pencetus awal beliau berjinak-jinak dengan lakaran pena. Boleh dikatakan sejak di bangku sekolah rendah lagi, kedua-dua orang inilah yang membawanya ke kedai buku di Kuantan untuk memilih bahan bacaan yang digemarinya. Malahan sebelum itu beliau juga telah banyak menghabiskan masa di perpustakaan mini di rumah dengan menelaah buku-buku koleksi kepunyaan emak dan ayahnya. Sebut saja Hikayat hang Tuah, Desa Pingitan, Berlindung di Bawah Kaabah, Salah Asohan, Dian, majalah Masyarakat, majalah Reader Digest dan majalah Wanita merupakan bahan bacaan di waktu senggang.

Secara keseluruhannya penyatuan suasana rumah dan minat ahli keluarga terhadap dunia kesusasteraan Melayu sebenarnya telah mencorak penghasilan beliau terhadap penulisan kreatif. Dengan menjadikan keluarga tunggak kekuatan, maka lahirlah serpen pertamanya "Bukan Itu yang Kupinta", yang telah memenangi temapt ketiga peraduan menulis cerpen peringkat Sekolah Menengah Agama al-Falah, Kemaman. Cerpen itu dimuatkan dalam majalah sekolah tahunan pada tahun 1987 yang sekaligus menyemarak semangat beliau untuk terus berkarya.
Maka, pada tahun 1988 pula, beliau sekali lagi melakar kemenangan pada diri apabila karya beliau dimuatkan dalam kolum "Inilah Kisahku" dalam majalah Dewan Siswa. Buah tangan "Gelora Rasa" merupakan hasil daripada pemerhatian terhadap persekitaran dan pembacaan terhadap majalah-majalah yang dihadam.
Kamariah Kamaruddin juga merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989. Sesungguhnya pengalaman mendapat bimbingan daripada Pak Ali Majod, dan staf Dewan Bahasa dan Pustaka, serta perkenalan dengan Allahyarham Keris Mas, Zaharah Nawawi, Khadijah Hashim, Allahyarham Ismail Sarbini, Siti Zaleha Hashim dan lain-lain tokoh sastera benar-benar merupakan kenangan abadi yang membahagiakan alam remaja beliau. Penghasilan cerpen "Perjuangan, Perjuanganku" yang dimuatkan dalam Antologi Cerpen Selembut Najwa (selenggaraan Ghazali Sulaiman, DBP, 1991) dan "Tuah Kak Long" yang terdapat dalam Antologi Cerpen "Tidak Sepanas Bara" (selenggaraan Khatijah Ismail, DBP, 1991) himpunan peserta Minggu Remaja 1989 merupakan penggerak semangat untuk beliau menulis tanpa menoleh ke belakang lagi.

0 comments: