? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 2, 2009

PENULISAN, KERJAYA DAN PENDIDIKAN

Sememangnya tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapalah tahu. Berbekalkan tiket sebagai penulis dan graduan sarjana Muda Sastera (Pengajian Media), beliau merupakan antara mahasiswa yang mudah dan pantas diterima bekerja di syarikat penerbitan, Justeru, sebelum bermulanya konvokesyen Ogos 1998 di Dewan Canselor, Universiti malaya, beliau sudah bergelar wartawan majalah di Galeri Ilmu Sdn. Bhd. seusai peperiksaan berakhir.
Beliau dengan penuh disiplin mengagihkan masa antara dunia kewartawanan yang sibuk bukan kepalang mengejar bukan sebarang melakar idea, dan antara dunia kewanitaan yang sabar bukan cagaran menampilkan adab dalam pergaulan demi kelangsungan kehidupan. Maka kemelut memenuhi semua keinginan, harapan, impian dan kemenangan sebenarnya terselit sebuah cabaran yang amat besar buat beliau.
Lantaran itu, di celah-celah kesibukan menguruskan masa, menguruskan emosi, menguruskan kepelbagaian rencam perkara menyebabkan dunia kreatif khususnya penulisan cerpen beliau terbantut. Sementelahan dalam masa yang sama pula beliau mulai mendaftarkan diri sebagai pelajar pasca siswazah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Dalam tempoh itu, cerpen hanya terhasil apabila diarah melakukannya demikian dalam kuliah Penulisan Kreatif yang diajar oleh Allahyarham Prof, Madya Dr. Othman Puteh. Dan beliau menerima hakikat tersebut keranan tuntutan pengajian untuk menyiapkan penulisan projek sarjana menjadi keutamaan. Pun, dalam diam beliau sebenarnya telah melakarkan watak Nurul Hanim untuk dikembangkan dalam novel baharu, Sebuah Syakirah.

0 comments: