? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, March 31, 2009

NOVEL SULUNG PEMBAKAR SEMANGAT

Novel Takdir Bukan Hukuman menjadi tali mengikat, menjadi nadi menyambung pergerakan saya mengorak langkah dalam dunia pengkaryaan. Novel sulung yang dihasilkan tatkala beliau menunggu keputusan peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM), telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1992. Ketika menerima surat perjanjian daripada pihak penerbit, beliau bagaikan bermimpi.

Dalam usia 19 tahun, kala menyudahkan kertas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada hari-hari terakhir, beliau menerima berita gembira tersebut dengan sebuah pelukan kejap dan senyuman ranum daripada emak. Ternyata kedua-dua emak ayah merupakan orang pertama yang bergembira dan berbangga dengan kejayaananaknya.

Mesin taip usang kepunyaan ayahnya yang beliau ketuk setiap malam kala mereka lena beradu sesungguhnya menghadiahkan warna gembira buatnya. Tidak pernah beliau melihat senyum manis ayahnya saat mengungkapkan "tahniah" kepada satu-satunya anak perempuannya dalam keluarga. Beliau sangat terharu. Sejak itu ayahnyalah yang menjadi pembakar semangat untuknya meneruskan rentak pena lebih-lebih lagi ayahnya tutur membeli mesin taip baharu bagi menggantikan mesin taip usangnya yang telah melakarkan kejayaan yang tersendiri buat anaknya.

Tangan pantas mengetuk mesin taip lagi untuk menyiapkan novel kedua, Tiada Noktah Kasih tambahan ungkapan di blurb novel Takdir Bukan Hukuman begitu menyemarak diri: "Nihada Syakirah mahukan minatnya selari dengan cita-cita. Untuk itu dia bersungguh-sungguh dalam pelajaran di samping sentiasa memupuk bakat dalam penulisan. Namun dia tidak terlepas daripada gangguan-gangguan yang tidak menyenangkan. Teman-teman sepersekolahan tidak semuanya ikut menangis ketika susah. Adakalanya mereka adalah racun dalam madu; manis di bibir, lain di hati. Semuanya itu mesti dihadapi sekiranya kejayaan ingin dikecapi. Berjayakah Nihada Syakirahmengharungi gelombang dan ranjau hidup? Ikutilah kisah selanjutnya dalam novel sulung karya Kamariah Kamaruddin penulis muda yang berbakat besar ini."








KAMARIAH KAMARUDDIN SATU PERMATA BARU


Kamariah Kamaruddin lahir pada 23 Mac 1973 di Kemaman, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kenagsaan Chukai, Kemaman dan Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman. Kemudian meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Agama al-Falah, Kemaman, Sekolah Menengah Chukai, Kemaman dan Kolej Negeri, negeri Sembilan. Memperoleh Ijazah Srajana Muda Sastera (pengajian Media) dari Universiti Malaya pada tahun 1998. Kemudia, mendapat Ijazah Sarjana Sastera (persuratan Melayu) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001. Seterusnya lulus Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya pada tahun 2006. Menulis dalam tulisan akademik dan karya kreatif.
Antara tulisan akademik ialah "Sahsiah Wanita Islam Dalam Novel-novel Pilihan Penulis-penulis Wanita Malaysia" termuat dalam Jurnal Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu 2004 dan "Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif - Teori & Proses: Altenatif Yang Mendidik Penulis" diterbitkan dalam Beringin Jurnal Akademi Seni Kebangsaan 2005.
Manakala karya kreatif yang dihasilkan ialah novel Takdir Bukan Hukuman (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), Tiada Nokhtah Kasih (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996), Tanda Sebuah Kurnia (Creative Enterprise Sdn. Bhd, 1998). Sebuah Syakirah (Creative Enterprise Sdn. Bhd, 2001) dan Kau YangzKusayang... (Creative Enterprise Sdn. Bhd, 2004).
Terdapat beberapa buah hasil cerpen dan puisi dalam majalah Dewan siswa, majalah Mastika, majalah Perempuan, majalah Mingguan Wanita dan majalah Muslimah. Manakala turut termuat dalam beberapa buah kumpulan cerpen, iaitu "Entusias" (FBMK, 2005) kumpulan cerpen "Tidak Sepanas bara" (DBP, 1992) dan kumpulan cerpen "Selembut Najwa" (DBP, 1992). Juga merupakan penulis tamu untuk ruangan "Laman Kampus" dalam majalah Anis setiap bulan sejak tahun 2001. Kini berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Nama diberi Mohd Helmi Bin Ahmad. Berasal daripada Alor Star Kedah. Bertitik tolak daripada tarikh keramat 4 Disember 1986 aku terus mengharungi liku-liku seorang insan di muka bumi ini. Dibesarkan oleh insan yang bernama Ayahanda Ahmad Bin Otsman bersama Bonda Siti Fatimah. Didikan dan tunjuk ajar merekalah aku mampu bertatih dari satu tinta ke satu tinta. Bebekalkan ilmu a, b, c, yang diperolehi daripada sekolah Tadika Kemas, Selarong Panjang aku terus mendaki. Dakian yang mencorak kepada rentetan sejarah yang bermula di Sekolah Kebangsaan Haji Hasan Itam pada tahun 1992-1998. Dalam tahun ini UPSR harus ditukangi bagi membentuk acuan yang lebih sempurna. Terusan itu aku alurkan lagi dengan linangan ilmu yang mengalir kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz pada tahun 1999-2003. Acuan sastera pada peringkat SPM dan STPM terbentuk dalam merintis ilmu yang semakin rencam. Lantas garapan inilah memberi keyakinan kepadaku sehingga menggapai lambaian kemuncak tangga ilmu di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006. Alur yang mengalir itu tidak pernah putus dalam memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia. Aku jadikan Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) itu sebagai wahana dalam mengembangkan warisan bangsa. Ilmu, minat dan disiplin yang tinggi menjadi landasan dalam merencana impian menjadi seorang penulis yang terkenal suatu masa nanti. Penulisan itu antara alat dalam menyampaikan ilmu. Mahu tidak mahu aku harus realisasikan bagi mengaplikasikan ilmu yang telah ku perolehi. Tak guna berilmu jika tidak beramal.