? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, April 4, 2009

CABARAN KETIKA BERKARYA

Dalam menghasilkan sesebuah karya kamariah Kamaruddin mengatakan bahawa cabaran yang kuat yang selalu meruntunya ketika berkarya adalah; menyelesaikan konflik dan kekangan masa. Beliau tidak mampu menyelesaikan sesebuah cerpen yang digarap, menjadi terlalu cerewet untuk menamatkan konflik dan terlalu memikirkan perutusan yang berguna untuk pembaca. Lihat sahaja menerusi novel Sebuah Syakirah yang mana beliau terpaksa membuat sedikit kajian terlebih dahulu sebelum menyudahkan novel tersebut. memandangkan novel ini membicarakan tentang watak janda sedangkan pada masa itu beliau belum berkahwin. Sedikit sebanyak menjadikan beliau kaku dalam mewujudkan konflik malahan untuk menyelesaikannya.
kekangan masa juga menjadi faktor utama menghalang beliau untk berkarya. Tambahan sekarang ini pulak beliau sudah berkeluarga. Tugas seorang isteri dan ibu menjadi tugas utama. Lantas beliau terpaksa mencari waktu yang sesuai untuk berkarya. Beliau tidak mahu jadikan alasan untuk terus menamatkan kerjaya ini sebaliknya sentiasa cuba sedaya upaya untuk menggerakkan pena beliau. menulis itu sudah sebati dengan beliau. Menerusi penulisan itulah yang mematangkan diri beliau dalam mengharungi kehidupan.

0 comments: