Pengalaman mengerjakan haji di tanah Suci Makkah dan Madinah pada Disember 2002 merupakan puncak kebahagian dalam kehidupan kamariah Kamaruddin setelah mengharungi uji dan duga yang bukan kepalang.
Beliau selamat menyempurnakan ibadah haji dan selamat bergelar hajah yang sesungguhnya benar-benar meruntun kalbu sebagai hamba Allah S.W.T yang kerdil cuma. maka, pengalaman berharga itu telah beliau nukilkan dalam cerpen "Rahmah wa Mawaddah" (Majalah Dewan Sastera November, 20050 ndan "Bila Bulan mengambang, Bila Angin menerbang" (Antologi Cerpen Entusias, UPM, 2005).
Sebelum itu, setelah hampir lima tahun hasil karya beliau khususnya cerpen tidak menemui pembaca, maka cerpen "Mancari kamil II", ilham daripada draf novel Mencari Kamil yang telah dilakarkan sejak tahun 2000, berjaya dihasilkan dan tersiar dalam majalah Nur 2003. Hal ini bermakna beliau dapat memecah tembok yang melingkar sekaligus menyubur baja baharu dalam diri untuk meneruskan pembabitan dalam dunia penulisan.
0 comments:
Post a Comment