Dalam ruangan ini aku nak berkongsi cerita sedikit dengan kawan-kawan. Aku ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan terakhir bagi subjek Bahasa dalam Multimedia. Tajuknya adalah “ketika dan kalimat” Mula-mula pening la juga. Benda apa lah ni ketika dan kalimat. Sebelum ni tak pernah dengar pun. Poyo giler kan. Tapi kita harus akui tidak semua yang kita tahu. Sebab tu belajar kena ada guru. Maka Dr. Normaliza lah guru aku. Selepas itu Dr telah menerangkan serba sedikit apa harus dicoretkan. Dalam ketika dan kalimat ni aku kena tulis perjalanan aktiviti yang telah aku lalui sepanjang mengambil kelas ni. Tidak kiralah gembira, sedih, marah atau apa saja. Luahkan saja.
Sebelum nak ambik kelas ni dulu aku piker 2 kali nak ambik ke tak. Tapi dah kata pun wajib nak tak nak aku terpaksa ambik juga. Kalau tak ambik tak konvo aku. Huhu… susahlah nanti. Jadi terpaksa la aku ambik. Pada mulanya aku tak kenal pun sape pensyarahnya yang nak ajar subjek ni. Dengar pun tak pernah. Pelik bin ajaibkan? Dah semester akhir pun tak kenal semua pensyarah lagi. Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu pulak tu. Dapat tahu dekat dekan boleh pancung kepala ni. Lepas tu aku terus daftar subjek ni. Kalau nak tahu masa semester 5 dulu pun ada subjek ala-ala macam ni juga tapi nama dia Teknologi Maklumat Bahasa dan Kesusasteraan. Aku dah daftar subjek tu dan kawan-kawan pun semua ambik subjek tu juga. Tapi akhir sekali aku gugurkan saja. Nak tahu ke kenapa aku gugurkan? Rasa-rasanya tak payah kot. Kita cerita pasal subjek multimedia ek. Sambung balik.
Mula-mula aku fikir juga, subjek Bahasa dalam Multimedia ni apa dia nak ajar. Bahasa aku tahulah. Kalau tak ada bahasa dunia ni gelap dan bisu agaknya. Multimedia tu macam IT kot. Lepas ni mesti banyak guna komputer. Dah nama pun multimedia. Kalau tak guna komputer bukan multimedia namanya. Kelas multimedia ni ada dua kumpulan dulu. Satu Dr Normahdiah dan satu lagi Dr Normaliza yang ajar. Aku pilih yang kelas Dr Normahdiah. Entah kenapa aku pilih Dr ni aku pun tak tahu. Pada hal kelas dia tu dulu aku gugurkan. Mungkin majoriti yang ambik kelas dengan dia kot. Tapi dengar citer Dr Normahdiah bercuti pulak. Terpaksalah ganti dengan Dr lain.
Kelas pertama aku masuk seram pun ada jugak. Tapi ramai kawan-kawan aku yang pilih Dr Normahdiah. Mula-mula tertanya juga siapalah yang menggantikan Dr Normahdiah. Rupa-rupanya betul apa yang aku dengar selama ni Dr Arbaie yang ganti. Yang peliknya sebentar-sebentar Dr Normaliza yang masuk. Lepas tu dia keluar. Kemudian masuk pulak. Tak tahulah mana satu yang nak ajar kami. Lepas Dr Arbaie jelaskan barulah kami faham. kelas tu akan dikendalikan oleh dua orang. Boleh tahan juga Dr Normaliza ni ye. Wah sekali dia cakap bunyi macam mulut tak de insurans je. Hehe….Kumpulan yang satu lagi tak ramai mana pun, oleh itu kami terpaksa bergabung dengan kumpulan tu. Tapi Dr Arbaie hanya ambik beberapa jam saja. Yang selebihnya Dr Normaliza yang kendalikan. Nak tahu ke Dr Arbaie ajar apa. Tunggu dulu.
Kita mula dengan Dr Normaliza dulu. Aku dah agak dah Dr Normaliza ni cerewet sikit. Mula-mula-mula dah kena dengan dia. Dalam kelas dia ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Dia ada letakkan beberapa syarat. Ikutilah sayaratnya. Syarat-syarat pertama. Tak boleh masuk lewat daripada dia. Kena tepati waktu. Kalau kelas pukul 12, pukul 12 kena masuk lebih satu minit kalau dia dah masuk kena berdiri dekat depan dulu. Malu oi kalau kena berdiri dekat depan. Kalau dah berdiri dekat depan tentulah semua orang tengok. Tambah-tambah lagi mulut dia tu boleh tahan juga. Tapi taklah menyakitkan hati. Kadang-kadang tu lawak pun ada. Tapi dia ni sporting la….
Syarat kedua, kami kena bentuk satu kumpulan. Setiap kumpulan kena ada 6 orang. dan ahli kumpulan boleh pilih sendiri. Tapi dia dah nasihatkan supaya pilih ahli yang betul-betul boleh buat kerja. Jangan menyesal kemudian hari. Aku pun seperti biasalah pilih kawan-kawan yang selalu dengan aku. Lagipun aku dah tahu perangai dia orang ni memang boleh buat kerja, rajin dan berdisiplin. Tapi kumpulan aku hanya ada 4 orang saja tak cukup 6 orang. Nama dia din, syam, pito dan aku (mie). Masa tu adalah juga geng-geng budak pompuan tu suruh joint group dia orang tapi kami tak nak. Maksudnya kami kena pecahlah. Malas la macam tu. Kami nak kekalkan kumpulan lelaki juga. Kami yakin budak lelaki pun boleh buat kerja.
Multimedia sudah bermula. Nak daftar nama kumpulan dan ahli-ahlinya pun pakai komputer kat depan kelas. So kami pun pergilah daftar. Tapi hanya 4 orang. Nama kumpulan kami ni special sikit. Maklumlah ada budak dalam kumpulan kami ni yang tak logik dek akal. Dia ni gila-gila sikit. Nama kumpulan Shin Chan. hehe…shin chan cerita kartun dekat tv tu. Ada juga yang tak setuju sebab macam budak-budak. Tapi dah tak ada nama pakai jelah. Kesuntukan masa menyebabkan kami sukar untuk membuat keputusan.
Dah abis daftar nama masih tak selesai juga. Ahli kumpulan kami masih tak cukup 2 orang lagi. Pening kepala la…pikir pasal tu. Lepas tu kawan aku ni syam balik kat kolej bagitau yang ada mamat ni nak joint group kami. Aku cakap boleh je asalkan dia orang ni boleh buat kerja. Jangan jadi ahli terhormat pulak. Jadi cukuplah 6 orang. Namanya Mul dan Fadz. Dia orang ni budak kolej lain. Tapi satu kos dengan kami juga. Tak kisah la…
Syarat yang seterusnya. tak boleh ponteng kelas. Markah kehadiran diambil berdasarkan ahli kumpulan. Kalau sorang tak datang dikira semua ponteng. Susahkan? Kerana nila setitik habis semua ahli kumpulan. Lepas tu semua pakat nasihat ahli kumpulanlah masing-masing supaya jangan ponteng. Dr pun ada nasihatkan juga kalau tak percaya dekat kawan tu, biar buang dari awal sebelum terlambat. Ada lagi syaratnya, tak boleh duduk belakang sekali. Maksudnya kalau orang yang berada di kerusi barisan belakang dikira tidak hadir. Sebenarnya dia buat macam tu supaya pelajar-pelajar dia datang awal. tepati masa tu penting. Kalau dah bekerja nanti senang.
Dr Normaliza memang seorang yang berdisiplinkan. Lepas tu Dr ada terangkan juga tentang tutoril. Wah bukan main terkejut lagi aku bila dapat tahu tutoril 2 jam. Pada hal kalau ikut jam kredit 1 jam saja. Tapi tak apalah. Dr bagitau sebenarnya tutorial 3 jam tapi dia dah kurangkan. Tutoril tu bukan dia yang kendalikan. Ada tutor yang membantu dia. Dr dah bagitau yang kelas tu wajib datang. Markah akan diberi berdasarkan individu. Kalau tak datang tak dapat markah. Tutoril tu diperuntukan 30%. Nanti dia akan letakkan hari dan masanya di board depan bilik dia. Siapa cepat dia dapat. Hanya satu kumpulan 30 orang saja. Kami ni pantang dia suruh lepas tu terus pergi.
Masa kelas pertama Dr dah bagitau yang nota dia tak payah salin. Aku apa lagi seronok la. Tak payah susah-susah lagi salin nota. Tut…tut… dia kata kena bawa kamera. Hairan aku. Dia nak buat apa dengan kamera. Rupa-rupanya dia suruh ambik nota guna kamera. Canggih giler. Selalunya orang guna kamera untuk ambik gambar orang, ni tak ambik gambar nota. Huhu…lawak giler. Tulah gunanya kamera. Kata ambik bahasa dalam multimedia kita kena guna semaksimum yang boleh.
Satu lagi kalau nak lalu depan bilik dia janganlah bagi bunyi tapak kasut. Tu pun dia marah. Tapi kalau ikutkan betul juga dia nak ajar supaya pelajar UPM ni berketerampilan. Lepas ni senang nak dapar kerja. Jangan lembik macam ayam berak kapur. Sebenarnya Dr ni selalu buat lawak tau, walaupun dalam serius kadang kala dia ni still nampak macam lawak. Sesuai kot jadi pelawak nanti. Yang aku kurang setujulah bila dia buat soalan on the spot tu. Menyampah betul. Tahu ajelah mana boleh nak bertindak cepat kalau nota dalam kamera Kena belek dulu baru boleh jawab. Perkara baru belajar susah sikit nak paham. Tambah lagi istilah multimedia. memang susahlah. Siapa yang nak jawab boleh bangun. Tapi bila dah bangun jangan tersengeh pulak. Silap-silap kena fire dengan dia. Masa Tanya soalan tu dia tanya macam kilat. Lambat jawab terus pergi kumpulan lain. Kumpulan lain apa lagi bila dah tahu soalan terus jawablah. Tak adilkan. Tapi nak buat macam mana. Kita kena terus berfikir macam kilat juga la. Tujuan dia buat macam ni adaah nak uji sama ada pelajar-pelajar dia beri tumpuan atau tidak semasa dia mengajar. Kadang-kadang tu tak faham tapi buat paham. Bila ditanya balik terlopong.
Tugasan pertama yang dia bagi adalah kena bawa gunting, gam, boart hitam, reben, dan majalah. Nak buat apa lah dia ni. Kami pun bawalah. Mula-mula dia ajar dulu tentang asas grafik. Asas grafik terbahagi kepada lima, iaitu teks, warna, keseimbangan, kesesuaian dan mudah. Nota tetap kena ambik. Lepas dah belajar giliran untuk buat praktikal pulak. Kami dikehendaki mencari gambar dalam majalah yang mempunyai asas grafik itu tadi. Lepas tu lekat dekat board tadi. Pesanan dia tetap ada. Pastikan masa nak lekat tu jangan menggelembung. Tambah lagilah kalau comot. Terus dia buang dalam tong sampah. Reben tu pulak gunananya untuk mengikat board hitam tadi. Ikatlah mengikut kreativiti kumpulan itu sendiri. Jangan lupa nama ahli dan nama kumpulan mesti diletakkan sekali. Kalau tak ada dikira kosong. Yang lecehnya kena hantar dalam waktu kelas juga. Maksudnya sebelum pukul 2 dah kena hantar kat bilik dia. Kami apa lagi terkejar-kejarlah. Tapi kadang kala kerja di bawah tekanan ni bagus juga. Kerja tak lah tertangguh. Sekarang ni aku dah boleh nilai sama ada gambar tu sesuai atau tak. Ada asas grafik atau tak.
Tugasan pertama yang dia bagi adalah kena bawa gunting, gam, boart hitam, reben, dan majalah. Nak buat apa lah dia ni. Kami pun bawalah. Mula-mula dia ajar dulu tentang asas grafik. Asas grafik terbahagi kepada lima, iaitu teks, warna, keseimbangan, kesesuaian dan mudah. Nota tetap kena ambik. Lepas dah belajar giliran untuk buat praktikal pulak. Kami dikehendaki mencari gambar dalam majalah yang mempunyai asas grafik itu tadi. Lepas tu lekat dekat board tadi. Pesanan dia tetap ada. Pastikan masa nak lekat tu jangan menggelembung. Tambah lagilah kalau comot. Terus dia buang dalam tong sampah. Reben tu pulak gunananya untuk mengikat board hitam tadi. Ikatlah mengikut kreativiti kumpulan itu sendiri. Jangan lupa nama ahli dan nama kumpulan mesti diletakkan sekali. Kalau tak ada dikira kosong. Yang lecehnya kena hantar dalam waktu kelas juga. Maksudnya sebelum pukul 2 dah kena hantar kat bilik dia. Kami apa lagi terkejar-kejarlah. Tapi kadang kala kerja di bawah tekanan ni bagus juga. Kerja tak lah tertangguh. Sekarang ni aku dah boleh nilai sama ada gambar tu sesuai atau tak. Ada asas grafik atau tak.
Tugasan seterusnya, kena bawa kamera. Ni lagilah lucu ada ke patut dia suruh pergi ambik gambar dekat luar kelas. Sebelum tu adalah satu kumpulan yang kena berposing dekat depan tu. Dia nak tunjuk cara berposing. Lepas ambik gambar kena buat power point pulak. Lepas tu kena present kat depan. Masa yang diberi 7 minit. 20 slide. Setiap gambar itu harus diletakkan teks yang berupa peribahasa. Susah juga nak pikir nak sesuaikan gambar dengan peribahasa ni. Selepas diberi penerangan kami pun keluarlah mengambil gambar. Mula-mula tu susah juga. Malu pun ada juga nak pose. Tapi yang kelakarnya tengok group lain ada yang panjat pokok, ada yang tanggap gambar tepi longkang la, bawah tanggalah macam-macam lagilah. Kami pun ambik jugalah. Tapi yang sedihnya gambar yang kami ambik tak cantik. Tak sesuai. So apa lagi terpaksalah janji dengan budak dua orang ni Mul dengan Fadz yang duduk KPZ untuk jumpa pada suatu hari. Mula-mula memanglah boleh tapi bila sampai masanya ada hal lah pulak. So terpaksalah on juga. Kami buat dekat fakulti. Sekejap dekat sanggar bahasa. Masa tu gerimis. Namun itu bukan halangan untuk kami teruskan juga hasrat untuk mengambil gambar. Pelbagai peralatan yang dibawa. Pedang, baju, topi kaledar dan macam-macam lagi. Lawak giler macam dah nak gi shooting la pulak. Yang tak tahannya pulak bila syam ni pose untuk peribahasa nyawa-nyawa ikan. Dia sanggup masuk dalam longkang dan keluarkan kepalanya sahaja. Sambil lidahnya terjeler keluar. huhu….kesian…kesian….
Nyawa2 ikan...
Pasal budak 2 orang yang tak dapat datang ni mula-mulanya si mul dengan Fadz. alih-alih Mul dapat hadir sebentar. Nasib baiklah si Mul ni dapat datang kejap. Boleh juga ambik gambar dia. Tapi sorang lagi Fadz ni tak tau la nak buat macam mana. Kalau gambar dia tak ada mesti tak boleh. Semua ahli kumpulan kena ada. So terpaksa cari hari lain yang sesuai untuk ambik gambar dia sorang. Gambar yang diambil kena pastikan ada kelainan. Bila nak pose tu jangan pose macam ambik gambar passport. So jadi la gambar pose macam kat bawah ni....
Nyawa2 ikan...
antara pose yang kita orang buat
Ukur Baju Di Badan Sendiri
Bila semua dah selesai pasal gambar, tugas seterusnya kena siapkan power point pulak. Power point ni tak kisah sangat sebab kumpulan kami ada sorang budak yang kreatif. Din namanya. Dia ni bab-bab menghias ni serah dekat dia je. Sebelum buat lagi dia dah cadangkan nak buat tema tradisional. Sesuai dengan peribahasa. Lagu pun dia dah pilih siap. Kami terima saja. Latar belakang slide tu kami pilih songket. Unikkan? Dengan alunan lagu zapin wah gempak gile lah. Lain dari yang lain. Bertungkus lumus kami menyiapkannya. Lepas satu, satu. Akhirnya siap juga. Ambik kelas ni boleh dikatakan tahu segalanyalah. Tak rugi…. Kelas Dr normaliza ni kalau ikut cakap dia senang saja nak dapat markah.
Tugasan seterusnya dalam tutoril. Aku ambik kelas yang hari khamis pukul 5-7petang. Tutor dia ialah cik Alia. Boleh tahan juga dia ni mula-mulanya. Iyalah betul kata orang tak kenal maka tak cinta. Kalau belum kenal memanglah nampak dia ni garang dan serius tapi kalau dah kenal biasa je dia ni. Baik orangnya. Comel pulak tu. Huhu…jangan marah ye cik Alia. Nanti cepat tua.
Tugasan pertama kelas tutoril kami dikehendaki membuat slide show. Slide show lagi dalam fikiran aku. Tapi kena pilih tajuk dulu. Kalau lulus tajuk tu baru boleh buat. Mula-mula dah macam nak pecah kepala ni pikir punya piker. Iyalah tajuk tak boleh sama dengan orang lain. Dan yang penting tak boleh sama juga dengan kumpulan lain. Cik Alia suruh cari tajuk tentang isu dunia. Maksudnya luaslah tajuk tu. Pikir punya pikir akhir sekali aku pilih tajuk amalan membaca. Sebab aku pilih tajuk ni sebab aku tengok amalan membaca dalam kalangan masyarakat sekarang ni kurang sekali. Bukan setakat nak membaca nak beli buku lagilah, membazir lah, tak ada duitlah. Macam-macam alasan yang dibagi. Aku pun tak tahu apa lagi nak cakap.
Berbalik kepada pemilihan tajuk tadi. Lepas dah dapat tajuk aku pun pergilah beratur nak tulis tajuk. Sampai saja giliran aku, aku pun tulislah. Bila dia tengok terus komplen. “Tak payahlah buat tajuk ni tajuk ni dah lama.” Tersentap aku. Sambil duk pikir tajuk lain. Lepas tu aku terpikir tajuk merokok. Sekarang ni amalan merokok berleluasa. Akupun bagitau dia. Cik Alia pun kata ok. Alhamdullilah.
Langkah pertama kami dikehendaki mencari gambar dekat internet tentang tajuk yang dipilih. Lepas tu kena letak teks pulak tentang gambar yang dipilih tu. Teks pula kena ringkas dan padat. Susah jugalah. Masa yang diberi 30 saat untuk menayangkan hasil slide itu nanti. Mana tak terkejutnya dia nak 20 slide tapi dalam masa 30 saat. Beserta lagu sekali. Aduh nak buat macam mana. Bila tanya group lain dia orang semua kena buat slide juga tapi dalam masa 3 minit. Wah lain tutor lain caranya agaknya. Tapi aku nak buat macam mana kalau 30 saat yang diberikan. Bila datang semula pada minggu depan dia bagitau 3 minit. Hari tu dia silap cakap. Lega hati ni. Aku pun buatlah. Masa nak tayangkan tu ada slide kawan-kawan yang bermasalah. Ada yang lagu keluar. Kesian dekat dia orang ni. Slide aku punya alhamdulillah. Rupa-rupanya multimedia ni renyah jugakan. Banyak yang aku tak tahu. Tapi bila dah ambik kelas ni boleh la sikit tahu. Sememangnya kelas ni boleh tertekan. Banyaknya kerja bukan main lagi.
Masuk kelas seterusnya Dr nak bagi tahu dulu tentang tugasan seterusnya. Tapi kena buat perancangan awal-awal. Gaya cakapnya nampak macam tugasan berat saja.Tugasannya kena buat kerja amal. Bila sebut kerja amal dan kena keluar aku terus merunggut. Dah pulak tu hanya sebuah rumah anak yatim hanya dibenarkan 2 group saja yang boleh pergi. Lepas tu nanti kena present kat depan. Macam biasalah. Kena buat tayangan. Lupakan je dulu tentang tugasan tu. Tugasan sekarang ni dalam kelas adalah membuat e majalah. Wah ada tugasan lagi. dia dah pesan suruh bawa kertas lukisan A3, 6 keping. Warna pensel sekali. Aku pun tak tahulah dia nak buat apa. Teka punya teka akhir sekali dia bagitau untuk buat e majalah. Ape benda tu pun aku tak tahu. Ikuti langkahnya. Mula-mula kami kena pilih tajuk. Tajuk yang mula kami pilih adalah kesihatan. Tapi last-last sekali ada group lain yang dah pilih tajuk tu. So terpaksa tukar tajuk lain.
Kami pilih tajuk batik. huhu…sape sangka kami nak buat tajuk tu. Bukan senang nak lukis. Lepas tu kena buat papan cerita. Papan cerita tu adalah macam draf perjalalan e majalah tulah. Siap dengan apa yang hendak dimasukkan. Bila dah siap kena tunjuk dekat dia dulu. Bila dah lulus baru boleh mula. Tapi lulus juga akhirnya. Apa yang aku tak suka bila kena hantar sebelum pukul 2 juga. Memang tertekan dalam masa terhad. Dahla kena lukis lagi, tulis teks dan warna sekali. Kami bahagikan kepada 6 orang. Ada yang melukis, mewarna, cari teks yang sesuai dan lain-lain lagi. Kerjasama antara ahli itu penting dalam menyelesaikan masalah. Kalau buat sorang-sorang memang tak siaplah, nasiblah kawan-kawan bagi kerja sama. Tapi tak boleh siap juga. Kami terpaksa buat dekat latar siswa. Lepas siap kami terus hantar kepada Dr.
Dalam kelas tutoril pulak kami ditugaskan untuk membuat kalender meja. Aku terpikir juga macam manalah nak buat benda alah ni. Mesti susah. Dahlah aku tak pandai multimedia ni. Cik Alia ada lah terang serba sedikit cara nak buatnya. Kami disuruh menggunakan adobe photoshop. Bukannya senang nak guna adobe ni. Aku pernah guna sebelum ni tapi susah. Terus aku tak tak guna sampai aku ambik kelas multimedia ni baru aku guna balik. Tema yang aku pilih adalah tema burung. Setiap bulan aku letak burung yang berlainan. Memang rumit jugalah. Kena cari gambar burung dalam internet. Kalau 12 bulan, 1 bulan aku letak 9 ekor banyak tu. Banyak juga yang aku belajar guna adobe photoshop. Sebelum tak la pandai sangat. Rumet juga nak potong gambar ni. Usaha tangga kejayaan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau nak tahu harga nak print kalendar ni adalah rm 27. Mahal jugakan. Dr dah pesan suruh print dekat kedai yang disyorkan. Hasilnya aku kurang puas hati sebab gambar ada pecah-pecah sikit. Tapi cik Alia dah cakap dia akan terangkan kepada Dr akan masalah tersebut. Tugasan ni diberi dalam masa 4 minggu untuk disiapkan. Memanglah kalau dilihat agak lama tapi memandangkan ada tugasan lain lagi sekejap sahaja masa itu. Kerja buat kalender ni memang rumit. Perlukan ketelitian dan kreativiti yang tinggi.
Macam biasa, sebelum pukul 12 tengahari aku dan kawan-kawan aku yang lain mesti sudah berada dalam bilik kuliah. Bukan apa sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak dipotong markah dan disoal. Huhhuhu.. strategi namanya. Setiap kali masuk kelas ini aku mesti tak sabar-sabar nak tahu apa tugasan seterusnya. Jadi, hari ini kami dikehendaki untuk menyediakan satu build board seperti yang kita selalu nampak di lebuh raya itu. Memanglah pernah nampak, tapi cara nak buatnya memang tak terbayanglah dalam fikiran.Mula-mula aku tidak tahu juga apa itu build board, tapi setelah diceritakan dengan sedalamnya oleh Dr. baru aku tahu. Kami diberi kebebasan untuk memilih tema sendiri mengenai build board masing-masing mengikut kumpulan masing-masing. Prinsip Dr semestinya dia tidak mahu benda yang lama. Dia mahukan sesuatu yang baru. Belum ada di pasaran. Sesi perbincangan antara ahli kumpulan diteruskan. Biasalah, bila dalam kumpulan ada juga yang sukar nak bagi idea, tapi aku terima. Akhirnya, kami jumpa satu kata putus ’minyak rambut’ sebagai tema build board kami.
Tugasan diteruskan. Bermula dengan melukis di setiap kertas yang telah diberikan oleh Dr. Kami dikehendaki menghasikan 6 build board. So apa lagi terpaksalah membahagikan kerja-kerja tersebut. Kami saling berganding bahu dalam menyiapkan tugasan itu untuk satu tempoh masa yang begitu singkat. Tension jugalah waktu tu.... akhirnya selesai juga tugasan kami ini. Tibalah saatnya untuk sesi penghantaran. Berdegup kencang juga dada ini, takut Dr. tak boleh nak terima. Akhirnya degupan jantung itu bertukar normal, Dr terima tugasan kami. Bolelah kami tersenyum saat itu. Hehehehehe........Bila aku telah mengikuti kelas ini, macam-macam yang aku belajar. Daripada benda yang sememangnya aku kosong, sehinggakan aku boleh timbul minat. Minat itu harus dipupuk bagi membuahkan sesuatu yang membanggakan.Minat tu penting tau. Kalau tak ada minat biar tak payah buat la. Sia-sia saja. Nanti kita yang tension. Terima kasih untuk Dr, walaupun tegas tapi keberkesanan pembelajaran itu aku terima.
Tugasan yag seterusnya adalah projek amal. Sebenarnya dalam memilih rumah anak-anak yatim ni pun susah juga. Lagi pula kami ni bukan orang sini. so susahla sikit. Terpaksa layari internet. Kumpulan KAMI cadangkan nak pilih rumah anak yatim di Bangi. Tapi kerana ada masalah sikit kami terpaksa tukar. Kami memilih rumah kanak-kanak Nur Salam. Chow Kit. KL. Boleh tahan jugalah tugasan ni. Kami terpaksa menyusun strategi dan perancangan yang teratur dalam menyelesaikan tugasan ni. Sebenarnya kumpulan Shin Chan bergabung dengan kumpulan KAMI. Kumpulan tu ok lah. Dia orang bagi komitmen tinggi terhadap tugas. Lega rasa hati bila kami mendapat kebenaran untuk melakukan lawatan ke rumah Kanak-kanak Nur Salam Chow Kit itu. Kami mengetahui mengenai latar belakang rumah Kanak-kanak Nur Salam Chow Kit ini daripada internet. Segalanya bermula dari situ. Segala urusan kami buat melalui telefon.
Mula-mula kami buat meeting pertama untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan. Antaranya tentang aktiviti, sponser, penggangkutan dan macam-macam lagilah. Bermacam-macam cara yang kami perlu lakukan untuk menjayakan aktiviti lawatan tersebut.
Kami perlu mencari dana untuk menjayakan aktiviti lawatan itu. Pelbagai dana yang kami cuba untuk mancari. Tapi semuanya tidak semudahnya yang disangka. Kami sahaja yang tahu segala-galanya yang terjadi sepanjang pencarian dana tersebut. Kami telah cuba untuk membuat surat bagi memperoleh dana untuk di bawa ke rumah anak yatim tersebut. Tetapi semuanya tidak mudah yang kami sangka. Kami terpaksa turun naik beberapa kali untuk mendapat pengesahan bagi memperoleh dana tersebut. Tetapi malangnya, kami tidak dapat memperoleh dana tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. Perasaan hiba menyelubungi kami waktu itu. Masa yang singkat menyebabkan kami melakukan kerja dengan kuat. Kami cuba juga nak minta sponser dari DBP tapi masa tak mengizinkan. Terpaksalah menggunakan duit sendiri. Sebelum pergi ke rumah kanal-kanak Nur Salam kami terlebih dahulu berjumpa dengan Dr. memberi penerangan sedikit kepadanya. Dr memberi cadangan supaya menyediakan sarapan kepada kanak-kanak tersebut. Oleh itu kami bersetuju. Kalau nak tahu kumpulan gabungan kami lah kumpulan pertama yang mulakan aktiviti tu. Kumpulan lain masih terkial-kial mencari rumah anak yatim. Power juga kan kami.
Kami perlu mencari dana untuk menjayakan aktiviti lawatan itu. Pelbagai dana yang kami cuba untuk mancari. Tapi semuanya tidak semudahnya yang disangka. Kami sahaja yang tahu segala-galanya yang terjadi sepanjang pencarian dana tersebut. Kami telah cuba untuk membuat surat bagi memperoleh dana untuk di bawa ke rumah anak yatim tersebut. Tetapi semuanya tidak mudah yang kami sangka. Kami terpaksa turun naik beberapa kali untuk mendapat pengesahan bagi memperoleh dana tersebut. Tetapi malangnya, kami tidak dapat memperoleh dana tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. Perasaan hiba menyelubungi kami waktu itu. Masa yang singkat menyebabkan kami melakukan kerja dengan kuat. Kami cuba juga nak minta sponser dari DBP tapi masa tak mengizinkan. Terpaksalah menggunakan duit sendiri. Sebelum pergi ke rumah kanal-kanak Nur Salam kami terlebih dahulu berjumpa dengan Dr. memberi penerangan sedikit kepadanya. Dr memberi cadangan supaya menyediakan sarapan kepada kanak-kanak tersebut. Oleh itu kami bersetuju. Kalau nak tahu kumpulan gabungan kami lah kumpulan pertama yang mulakan aktiviti tu. Kumpulan lain masih terkial-kial mencari rumah anak yatim. Power juga kan kami.
ahli kumpulan Shin Chan
Kumpulan Shin Chan ditugaskan untuk menyediakan sarapan dibantu oleh kumpulan KAMI. Pada pukul 4 pagi kami bangun untuk menyediakan sandwich telur untuk 100 orang. Masa tu mengantuknya hanya Allah saja yang tahu. Bila dah siap semuanya kami semua balik tidur semula.macam muka baru bangun tidur je...
Awal-awal pagi lagi kami dah bergerak ke rumah kanak-kanak Nur Salam. Sebab tak tahu jalan punya pasal kami tersilap jalan. Terpaksalah tanya orang. Kalau tak tanya tentu sesat lagi. Malu bertanya sesat jalan. Akhirnya sampailah juga kami ke destinasi yang dituju. Kami disambut oleh seorang kanak-kanak dari situ. Kami dibawa naik ke tingkas atas. Konsep yang digunakan oleh rumah kanak-kanak Nur Salam ni adalah apabila ada aktiviti barulah kanak-kanak ini akan dipanggil. Sebelum bermula aktiviti kami diberi penerangan oleh dady atau pengurus di rumah tersebut. Bila nak mulakan aktiviti terkejut juga kerana kanak-kanak itu di bawah umur terlalu ramai. Sehinggakan kami menjadi gelabah kerana aktiviti yang pada mulanya dirancang tidak melibatkan kanak-kanak bawah 5 tahun.
Tapi mujur ada seorang ahli kumpulan gabungan kami yang dah bersedia awal apabila dia memberi cadangan supaya mengadakan pertandingan mewarna. Tapi warna pulak tak ada. Kami cuba mendapatkan bantuan daripada pengurus tersebut. Akhirnya dapat juga dijalankan. Bagi kanak-kanak yang berusia 13 tahun ke atas aktiviti kenali diriku dan silang kata dijalankan. Aktiviti seterusnya adalah meneka peribahasa. Setiap kumpulan perlu meneka peribahasa yang dilakukan oleh wakil kumpulannya. Power juga budak-budak ni. Baguslah adapt budaya Melayu masih tidak pupus. Selepas itu diadakan aktiviti latihan dalam kumpulan dan akhir sekali nyanyian kenangan. Masa aktiviti latihan dalam kumpulan begitu bersemangat sekali mereka membentangkan hasil tugasan mereka. Kami tak menyangka bahawa mereka mampu tampil ke hadapan dan membentangkan hasil tugasan itu dengan baik sekali. Sebelum balik kami meninggalkan sedikit kenangan kepada anak-anak ini dengan memberi cenderamata kepada mereka. Tidak ketinggalan juga kepada pihak Nur Salam kerana memberi peluang kepada kami untuk menyumbang bakti kepada anak-anak ini. Oleh itu, Malaysia tidak perlu risau dengan kehilangan pewaris kerana anak-anak ni mampu menggalas cabaran itu suatu masa nanti.
kenangan terindah bersama kanak-kanak nur salam
gaya je lebih budak-budak ni
Makan tengahhari yang menyedihkan. Sebenarnya kami ada bawa bekal untuk dimakan nanti. Lepas tu carilah tempat untuk menjamahnya. Tapi tak jumpa. So apa lagi bantai ajelah di belakang bangunan. Adalah pulak kereta lalu lalang semua tengok. Malu giler. Lapar punya pasai tak kisahlah. Masa nak balik pula hujanlah pulak. Aku dengan syam ni naik motor. Kawan-kawan yang lain naik kereta, dua buah. Kami ni tunggu punya tunggu hujan reda sikit kami pun baliklah. Sampai setengah perjalanan hujan turun bukan main lebat lagi. Basah abislah. Sejuknya bukan main lagi. Aku harap ini semua kenangan yang tak akan dapat aku lupakan.
Seperti yang dijanjikan, Dr Arbaie sebenarnya mengajar kami tentang papan cerita. Mula-mula termanggu juga. Benda apa tu papan cerita. Aku juga masih tertanya-tanya. Setelah dua jam berada dalam kelas bersama penerangan yang telah diberikan oleh Dr.Arbaie Sujud baru aku tahu apa itu papan cerita. Rupanya banyak peluang yang ada untuk kita sebagai pelajar bahasa ini. Sebelum ini aku fikir bila bidang bahasa ini peluang pekerjaan ini sangat terhad. Tapi bila Dr.Arbaie membuka minda kami. Baru aku tahu peluang tu sangat besar. Macam-macam yang aku belajar bila dengar penerangan daripada Dr.Arbaie. Slide yang ditontonkan kepada kami juga menarik minat kami untuk melakukan perkara yang sama. Aku terfikir betapa menariknya jika aku boleh buat benda yang sama itu. Wow. Hal ini kerana, masih kurang orang yang beminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Tidak semestinya bila kita berada dalam bidang bahasa, kita hanya tertumpu kepada menjadi penulis cerpen, editor, atau sebagainya. Tetapi banyak lagi peluang untuk kita. Barulah aku sedar sekarang ini.
Tugasan seterusnya masa tutoril adalah membuat laman web. Satu kerja yang mencabar dan menarik. Kerja ni memerlukan pengorbanan lah sikit. Sebelum ni aku hanya buka laman web orang lain saja. Al maklumlah tak pandai buat. Buta IT lagi masa tu. Tapi kali ni dapatlah buat sendiri. Masa kata kelas Dr dah terangkan bahawa laman web ni ada 11 jenis, iaitu portal, berita, informasi, perniagaan/pemasaran, pendidikan, hiburan, perundangan, blog, wiki,, peribadi dan multimedia. Seronok juga. Cik Alia macam biasalah ajar serba sedikit macam mana nak buat laman web.
Mula-mula kena buat papan cerita la dulu. Web ni dia bagi masa 3 minggu. Tapi laman web kami ni off line. Sekarang ni baru aku tahu macam mana nak hyperlink dan nak masukkan lagu. Masa nak buat tu memang la mencabar sikit. Sehinggakan nak masukkan lagu pun susah. Dia kena tukarkan ke format lain. Kalau guna format mp3 tak boleh. Tapi bila dah ada lagu tu akupun terus masukkan tapi tak keluar juga lagu. Aku dah risau ni. Petang nanti kena tunjuk. Aku pun pinjam laptop big kawan aku tu untuk masukkan lagu. Akhir sekali boleh juga. Nak buat web ni pun kena ada instoler frant page dulu baru boleh buat. Nak cari instoler ni pun bukan main susah lagi. Sebelum ni tak tahu pun kata ada benda alah ni. Memang buta it sunggukan. Tapi sekarang ni alhamdulliah la. Dah pandai sikit.
Aku harap-harap dah tak ada lagi lah tugasan yang Dr bagi. Dah banyak aku rasa yang dah aku buat. Kalau tak dapat A tak tahulah. Harap-harap berbaloilah dengan apa yang aku dah buat. Pada minggu 13 masuk kelas Dr Normaliza masuk. Tapi yang aku harapkan tak menjadi. Kerja tetap ada juga. Kali ni kami kena cari perkataan. Main silang kata. Dia suruh cari perkataan yang dia pernah ajar atau pernah dengar selama aku mengambil kelas dengannya. Kami pun buatlah. Markah akan diberi mengikut kumpulan. Yang tak bestnya dia akan pilih markah yang terendah sekali dalam kumpulan tu. Alhamdulillah la kami mendapat 13. Walaupun tak seberapa tapi itu usaha kami. Lepas tu daripada kertas itu dia suruh buat bakul sampah. Lebih tepat lagi buat origami la. Arahannya ada di depan. Dia tayangkan dekat slide dekat depan satu persatu. huhu…. tapi kami tak dapat ikut. Akhirnya kami tak dapat markah. kecewa tu memanglah kecewa tapi apa boleh buat mungkin bukan rezeki kumpulan kami.
Dalam kelas tutoril tugasan yang terakhir adalah membuat blog. Sekarang ni blog dah semakin popular. Aku bertuah kerana dapat juga belajar buat blog. Dalam blog tu dia suruh tulis tentang tokoh. Apa-apa yang berkaitan dengan tokoh. Tapi sebelum tu tokoh tersebut kena interview dulu. Dekat FBMK ni banyak tokohnya. Sama ada tokoh bahasa mahupun tokoh sastera. Lihat saja Dr Lim Swee Tin, Prof Hashim Musa. Tokoh-tokoh ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Kepakaran yang dimiliki mereka haruslah dihargai. Namun tokoh yang menjadi pilihan aku adalah Dr Kamariah Kamaruddin. Kenapa aku memilih Dr Kamariah kerana aku melihat Dr Kamariah merupakan seorang tokoh muda yang kian berjaya sama ada dalam bidang akademik mahupun kreatif. Dr Kamariah adalah seorang penulis yang berjaya. Aku kagum dengannya memiliki semangat menulis yang tinggi. Bermula daripada peringkat sekolah sehinggalah sekarang. Beliau bukan sahaja menulis tetapi merupakan pensyarah dekat UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Dalam masa yang sama aku juga telah membeli hasil karyanya, iaitu kumpulan cerpen Mencari Kamela. Kalau nak tahu tentang kisah sebenar tokoh ini tengoklah blog aku. Nak baca karyanya carilah karyanya. Karya yang terbaharu adalah kumpulan cerpen Mencari Kamela.
Dah abis tugasan dah abis semuanya. Sebelum tu aku hairan jugakan kenapa selama aku ambik kelas dengan Dr dia tak pernah pakai baju kurung ek??? Hanya dia yang ada jawapannya. Kan lebih manis kalau dia pakai baju kurung sekali sekala. Macam perempuan Melayu yang terakhir. Pengalaman dan kenangan aku bersama pelajar-pelajar BBM 3410 amat bermakna sekali. Sebuah kenangan yang berharga itu aku akan sematkan dalam hati ini… Terima kasih Dr Nurmaliza, cik Alia kerana ilmumu yang kau curahkan itu akan berguna kepada diriku ini. Semoga berjumpa lagi
0 comments:
Post a Comment